Sunday, 19 June 2011

Wedding Day


hai...

Hari ni pergi wedding clasmate bersama my bf and my friends. best2! dapat makan nasi minyak yang ku sangka nasi briyani.heehe..aku ni tak bape gheti nak bezakan nasi minyak ngan nasi briyani. cantikla pelamin die.dapatla bergambar bekeping keping ngan pengantin..tahniah ana..tak sangka dah kawin..kite bile ye encik amin??hehe..

hari ni melepak di shah alam dulu.tak tau nak buat ape.so, lepakla kat cc.at least, dapat gak rase ekon.sok dah keje..oh tidak!!! amat penat..walaupun masih dalam training, tapi same je penatnye macam keje.aku nak balik kampung.leh rehat puas2..makan masakan mak puas2..dok bawak ketiak mak puas2..tak dapat sume tu.dapat cuti kejap je.huhu..sodeh koi..

Tuesday, 14 June 2011

My First Job in Call Centre


Salam..

hai semua..dah lama sangat tinggalkan blog ni.buzy dengan dunia baru yang penuh cabaran.huhu..kat sini nak update sikit tentang diri sendiri. Tak sangka bila habis praktikal je terus dapat job offer. Just try my luck there, fortunately dapat job tu. harap-harap dapatla sesuaikan diri dengan dunia call centre yang tak sama dengan tempat lain. Sekarang masih dalam training. Hari ni dan esok Customer Service Training. hmm..lebih kurang sama je dengan ape yang aku belaja kat kelas dulu.hehe..macam refresh balik je. Abis training ni start dengan on the job training. Mula answer call dari customer. Tak taula macam mana. Aku tak pernah berangan pun nak kerja kat call centre weh. Bukan apa, tahap kesabaran tu tak sampai ke tahap super sabar lagi. Perkataan super tu aku quote dari trainer aku tadi. Die cakap, tu perkataan favourite anak dia. Masa rehat yang sejam nila aku boleh online. kebetulan pulak sekarang ni Allah bagi cuti, jadi dapatla online lama sikit. Buat kawan-kawan yang seangkatan, gud luck in final exam result and hope korang pun cepat2 dapat kerja ye..=) okla, jumpe lagi nanti.dadaaa....

Tuesday, 26 April 2011

Senyum...tak perlu kata apa-apa...



salam..



hari ni nak kongsi tentang rahsia setiap senyuman..



1) Menurut pendapat saintis, senyum dan ketawa adalah satu senaman yang berbentuk joging dalaman. di mana, ia dapat merangsang seluruh badan dan mampu memberi manfaat kepada sistem saraf otak dan hormon-hormon lain.



2) Memulakan hari baru dengan senyuman bukan sahaja dapat menceriakan hidup anda. apabila tersernyum, badan turut 'tersenyum'. melalui kajian, senyuman juga dapat memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.



3) Kajian menunjukkan seseorang yang ketawa sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam sama seperti bersenam selama 10 minit. Ini kerana, apabila anda ketawa, tekanan darah dan kadar denyutan jantung meningkat.



4) Menurut kajian dari Universiti Pusat Perubatan California menunjukkan senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stres yang baik. stres yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem pertahanan otak.



5) Senyuman bukan sekadar dengan memberi reaksi gerak muka tetapi turut berkait rapat dengan penghasilan endorfin dalam otak yang dapat mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi. hasilnya, ia menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa.



6) Apabila anda tersenyum, sebanyak 17 otot muka digunakan berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.



7) Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia melibatkan abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. selain itu, ia juga dapat melegakan ketegangan otot dan membuatkan otak lebih peka.



8) Ketika anda tersenyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah iaitu Gamma-intereferon (protein melawan penyakit), sel T (untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (antibodi melawan penyakit).



9) Senyuman juga dapat merendahkan tekanan darah dan menambahkan kemasukan oksigen dalam darah. kajian membuktikan bahawa tekanana emosi seperti kemurungan, kemarahan dan resah mempunyai kaitan dengan penyakit jantung.



10) Ketawa juga dikatakan dapat meperbaiki fungsi usus, meninkatkan pencernaan dan membakar kalori.



11) Dikatakan kanak-kanak lebih banyak ketawa berbanding dengan orang dewasa. kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun ketawa sebanyak 400 kali sehari berbanding 15 kali sehari bagi orang dewasa.



12) Dalam kajian ke atas dua kumpulan dewasa, di mana satu kumpulan telah diberi tontonan cerita lucu dan satu kumpulan lagi diletakkan di dalam bilik tanpa berbuat apa-apa. sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dilakukan. didapati sampel darah kumpulan satu mengalami peningkatan hormon endorfin dan hormon 'neutransmitters', penurunan tahap hormon stres kortisol, dan adrenalin.



13) Senyuman yang diakhiri dengan ketawa dapat mengaktifkan kimia badan dan merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok dan ulser.



14) Senyuman yang ikhlas dapat menyerikan perasaan orang lain, menyejukkan hati yang sedang marah dan mampu memulakan sesebuah ikatan.




jadi..SENYUMLAH....


Sumber:Majalah Rapi



By:Sya

Monday, 18 April 2011

Cherita Chenta

Salam..hai semua...

Hari ni nak cerita tentang kesah kami (Min & Sya).macam2 tempat kiteorang pegi.aku teman die,die teman aku...bukan setakat pegi dating je tau..buktinye??ha,,korang layanla gambar2 ni dulu. ce citer2..



ni kat kedai gunting rambut Mr. Handsome.tengah tunggu turn die nak gunting rambut.tokey tu gunting tepi jek.die balik rumah,bantainye pegi shave sendiri sampai botak!sabor ajela aku tengok..nak marah jugak tetapi disebabkan ada sedikit kecomelan terselit di situ,aku pun membatalkan hasrat aku untuk marah itu..

note:die yang duduk belah kanan aku tu tau.bukan yang belah kiri tu.tu tukang gunting kat situ tengah baca paper ngan layan citer tamil...

masa ni die hantar aku pergi kampus.nak jumpa research advisor.hari isnin,so die pun kenela menyemart jugak.kalau tak,tak pasal2 kene saman ngan pak guard nanti.tu pun pak guard dah jeling2 sebab die pakai jeans.cepat2 aku tarik die ajak lalu ikut belakang fak.fuh..selamat..kebetulan pulak hari tu kiteorang pakai baju kaler sama.sebelum tu aku pegi tukar lesen.dapat lesen full dah aku..happy giler!tapi die tetap tak heran.tetap bangga ngan lesen moto die tu.yela,,aku kan takde lesen moto..sob..sob..


mase ni teman die pegi tengok bola kat kedai mamak.sume jantan kat situ.aku sorang je betina.eh,silap!!aku sorang je perempuan..die punyela suruh aku duduk rapat ngan die.konon2 nak tunjuk aku ni awek diela tu..takut orang kacau.haha..pakai selekeh camtu takdenye orang nak phewit2 aku..tengok la tu.tengah snap pun die taknak paling muke.punyela fokus mokusnye mengadap bola.aku gak yang ngantuk..huhu.tapi takpe,best gak tengok bola ni.excited bile nak gol.masalahnye aku tak tau nak sokong sape.hehe

ni kat Wangsa Walk.aku baru balik dari keje and first time drive kat sane.nila tempat dating kiteorang mase kat sane dulu.first time makan subway yang sedap tu.sehingga menjilat jari..(sila rujuk gambar di atas)tengokla budak botak tu.comel kan?huehue


dah makan banyak2 mesti badan semakin montel kan??maka kiteorang pun ambil keputusan untuk pergi berjoging setiap hari.matlamatnye dalam masa satu ke dua atau tiga bulan kami akan jadi kurus..malangnye tidak kesampaian.mula2 hari,pastu selang2 hari,lame2 terus tak joging sampai sekarang sebab masing2 dah penat dan takde mase(alasan semate mate)

to be continued...


by:sya