Friday, 25 January 2013

La-dyva Boutique

Salam Jumaat semua..

Setelah sekian lama blog ni terbiar kesepian, sekarang ni baru teringat nak promo pasal La-dyva Boutique kat sini.  Jom la jengah2 ke page ni ye La-dyva Boutique Aku baru je try2 niaga kecik2 dulu.  Maklum la sekarang kan musim orang berniaga online.  Main business La-dyva ni adalah tudung.  Tapi ada jugak aku jual Peplum, handbags sikit2..Semua koleksi yang ada tu adalah up to date dan comey2 belaka.  Model sendirian berhad, modal pun sendirian berhad.hehe..Kat bawah ni antara koleksi yang aku ada.  Kalau nak order, bolehla pm or email ke ladyvaboutique@gmail.com.  Jom menjamu mate =)

The latest one Cotton Plain Piping

The Gorgeous Halfmoon Bintik

The Sweet Syria Manik

The Exclusive Half Moon Bintik

The Cute Three Layers

The Trendy Leopard Cardigan

The Meletop Peplum Lycra

The Variety Handbags

The SOLD OUT Abstract Blouse hikhik (nak jugak letak =p)

Ni la semua koleksi terhangat yang kami ada.  Jadi jangan lupe like page kami ye di La-dyva Boutique =)

InsyaAllah, bertemu lagi kita nanti..tatataa....


Thursday, 14 June 2012

Aku dan Dia

Salam. . .

Sehingga sekarang aku masih lagi dengan En. Amin ni.  Dah lebih 5 tahun dah.  Syukur alhamdulillah..Semoga kekal hingga ke alam perkahwinan.  Aku syukur dan gembira sangat sebab dia dah dapat keje.  So, bolehla plan nak kawin pulak.hehe..apepun, kene kumpul duit dulu.  Nak kawin ni bukan perkara yang senang.  Macam-macam kene pikir.  Yang penting kami bahagia dan happy! =)
Inilah gambar2 terkini daripada kami.  P/s:  Kami tak gemuk, dalam gambar je nampak gemuk n bambam.hehe..

Gambar ni diambil masa wedding best friend aku cik Lina! 

Ni gambar ala manje2 gitu..


Yang ni masa kami ke Bukit Cherakah tapi tak dapat masuk sebab dah tutup.  So snap2 kat luar jela.huu

Kami happy! =)

Gambar masa outing ramai2 ke Flaming Steamboat.Memang syok la!



Monday, 28 May 2012

Come Back!

Salam..

Setelah sekian lama blog ni dibiarkan tidak berhupdate, akhirnya tiba juga masa untuk update blog.  Mula-mula saya nak update tentang kehidupan saya sekarang ni. Saya dah quit dari call center.  Dah nak masuk dua bulan bekerja di tempat baru.  Stress punye pasal, terpaksa la berhenti keje walaupun sayang jugak sebenarnya sebab CIMB tu company yang besar dan establish.  Tapi nak buat macam mane, hari2 rasa nak nangis sebab tak nak keje kat situ.  Dah macam budak kecik pulak perangai, ish2..  So, sekarang masih di area customer service lagi tapi much better dari yang dulu.  Mungkin stay lama kat sini untuk cari pengalaman.  Dah dapat setahun dua pengalaman baru cari yang lain..hehe.  Penat sebenarnye cari keje ni.  Penat nak sesuaikan diri dengan tempat keje baru, colleague yang baru, keje2 yang baru..Saya ni pulak bukan macam spesis iguana yang adaptive tu..uhuk! Alhamdulillah, sekarang dah slowly boleh sesuaikan diri dengan keje baru.  Ha, hari ni first day drive sengsorang pergi keje! Sangat excited dan nervous dan takut dan macam2 lagila perasaan yang bermain sebab tak pernah drive sengsorang.  Bersempena dengan kenaikan umur setahun yang dah capai 2_ ni haruslah saya buat satu perubahan iaitu beranikan diri untuk drive sengsorang.  Lepas ni nak try balik hometown sorang2 pulak.  Berani ke..heheh..Layan la gambar2 di ofis baru ye..


As Customer Service Executive a.k.a Receptionist

 Inilah Cik Beatrice yang baik hati

Yang cantik manis ni Donna.  Die dari Phillipines.  Ofis aku ni suke hire orang seberang ni sebab dieorang dahla cantik, speaking bagus plak tu.

 Yang ni Mezi, shomel orangnye.  Sama saiz je ngan aku.hikhik







Monday, 20 June 2011

Mari kita belajar cakap loghat pahang...

hai..hari ni nak kongsi ngan readers pasal loghat orang pahang. ni antara perkataan2 yang selalu digunakan:

koi/kawan/kawe/kome=saya

aok=awak

ngodong=kawan

mok=mak

ayoh=ayah

dok=tak

sampai sini jela dulu ye..nanti kalau banyak2 pening plak korang.hehe..nanti kite sambung lagi yek.tata...


Sunday, 19 June 2011

Wedding Day


hai...

Hari ni pergi wedding clasmate bersama my bf and my friends. best2! dapat makan nasi minyak yang ku sangka nasi briyani.heehe..aku ni tak bape gheti nak bezakan nasi minyak ngan nasi briyani. cantikla pelamin die.dapatla bergambar bekeping keping ngan pengantin..tahniah ana..tak sangka dah kawin..kite bile ye encik amin??hehe..

hari ni melepak di shah alam dulu.tak tau nak buat ape.so, lepakla kat cc.at least, dapat gak rase ekon.sok dah keje..oh tidak!!! amat penat..walaupun masih dalam training, tapi same je penatnye macam keje.aku nak balik kampung.leh rehat puas2..makan masakan mak puas2..dok bawak ketiak mak puas2..tak dapat sume tu.dapat cuti kejap je.huhu..sodeh koi..

Tuesday, 14 June 2011

My First Job in Call Centre


Salam..

hai semua..dah lama sangat tinggalkan blog ni.buzy dengan dunia baru yang penuh cabaran.huhu..kat sini nak update sikit tentang diri sendiri. Tak sangka bila habis praktikal je terus dapat job offer. Just try my luck there, fortunately dapat job tu. harap-harap dapatla sesuaikan diri dengan dunia call centre yang tak sama dengan tempat lain. Sekarang masih dalam training. Hari ni dan esok Customer Service Training. hmm..lebih kurang sama je dengan ape yang aku belaja kat kelas dulu.hehe..macam refresh balik je. Abis training ni start dengan on the job training. Mula answer call dari customer. Tak taula macam mana. Aku tak pernah berangan pun nak kerja kat call centre weh. Bukan apa, tahap kesabaran tu tak sampai ke tahap super sabar lagi. Perkataan super tu aku quote dari trainer aku tadi. Die cakap, tu perkataan favourite anak dia. Masa rehat yang sejam nila aku boleh online. kebetulan pulak sekarang ni Allah bagi cuti, jadi dapatla online lama sikit. Buat kawan-kawan yang seangkatan, gud luck in final exam result and hope korang pun cepat2 dapat kerja ye..=) okla, jumpe lagi nanti.dadaaa....

Tuesday, 26 April 2011

Senyum...tak perlu kata apa-apa...



salam..



hari ni nak kongsi tentang rahsia setiap senyuman..



1) Menurut pendapat saintis, senyum dan ketawa adalah satu senaman yang berbentuk joging dalaman. di mana, ia dapat merangsang seluruh badan dan mampu memberi manfaat kepada sistem saraf otak dan hormon-hormon lain.



2) Memulakan hari baru dengan senyuman bukan sahaja dapat menceriakan hidup anda. apabila tersernyum, badan turut 'tersenyum'. melalui kajian, senyuman juga dapat memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.



3) Kajian menunjukkan seseorang yang ketawa sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam sama seperti bersenam selama 10 minit. Ini kerana, apabila anda ketawa, tekanan darah dan kadar denyutan jantung meningkat.



4) Menurut kajian dari Universiti Pusat Perubatan California menunjukkan senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stres yang baik. stres yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem pertahanan otak.



5) Senyuman bukan sekadar dengan memberi reaksi gerak muka tetapi turut berkait rapat dengan penghasilan endorfin dalam otak yang dapat mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi. hasilnya, ia menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa.



6) Apabila anda tersenyum, sebanyak 17 otot muka digunakan berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.



7) Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia melibatkan abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. selain itu, ia juga dapat melegakan ketegangan otot dan membuatkan otak lebih peka.



8) Ketika anda tersenyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah iaitu Gamma-intereferon (protein melawan penyakit), sel T (untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (antibodi melawan penyakit).



9) Senyuman juga dapat merendahkan tekanan darah dan menambahkan kemasukan oksigen dalam darah. kajian membuktikan bahawa tekanana emosi seperti kemurungan, kemarahan dan resah mempunyai kaitan dengan penyakit jantung.



10) Ketawa juga dikatakan dapat meperbaiki fungsi usus, meninkatkan pencernaan dan membakar kalori.



11) Dikatakan kanak-kanak lebih banyak ketawa berbanding dengan orang dewasa. kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun ketawa sebanyak 400 kali sehari berbanding 15 kali sehari bagi orang dewasa.



12) Dalam kajian ke atas dua kumpulan dewasa, di mana satu kumpulan telah diberi tontonan cerita lucu dan satu kumpulan lagi diletakkan di dalam bilik tanpa berbuat apa-apa. sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dilakukan. didapati sampel darah kumpulan satu mengalami peningkatan hormon endorfin dan hormon 'neutransmitters', penurunan tahap hormon stres kortisol, dan adrenalin.



13) Senyuman yang diakhiri dengan ketawa dapat mengaktifkan kimia badan dan merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok dan ulser.



14) Senyuman yang ikhlas dapat menyerikan perasaan orang lain, menyejukkan hati yang sedang marah dan mampu memulakan sesebuah ikatan.




jadi..SENYUMLAH....


Sumber:Majalah Rapi



By:Sya

Monday, 18 April 2011

Cherita Chenta

Salam..hai semua...

Hari ni nak cerita tentang kesah kami (Min & Sya).macam2 tempat kiteorang pegi.aku teman die,die teman aku...bukan setakat pegi dating je tau..buktinye??ha,,korang layanla gambar2 ni dulu. ce citer2..



ni kat kedai gunting rambut Mr. Handsome.tengah tunggu turn die nak gunting rambut.tokey tu gunting tepi jek.die balik rumah,bantainye pegi shave sendiri sampai botak!sabor ajela aku tengok..nak marah jugak tetapi disebabkan ada sedikit kecomelan terselit di situ,aku pun membatalkan hasrat aku untuk marah itu..

note:die yang duduk belah kanan aku tu tau.bukan yang belah kiri tu.tu tukang gunting kat situ tengah baca paper ngan layan citer tamil...

masa ni die hantar aku pergi kampus.nak jumpa research advisor.hari isnin,so die pun kenela menyemart jugak.kalau tak,tak pasal2 kene saman ngan pak guard nanti.tu pun pak guard dah jeling2 sebab die pakai jeans.cepat2 aku tarik die ajak lalu ikut belakang fak.fuh..selamat..kebetulan pulak hari tu kiteorang pakai baju kaler sama.sebelum tu aku pegi tukar lesen.dapat lesen full dah aku..happy giler!tapi die tetap tak heran.tetap bangga ngan lesen moto die tu.yela,,aku kan takde lesen moto..sob..sob..


mase ni teman die pegi tengok bola kat kedai mamak.sume jantan kat situ.aku sorang je betina.eh,silap!!aku sorang je perempuan..die punyela suruh aku duduk rapat ngan die.konon2 nak tunjuk aku ni awek diela tu..takut orang kacau.haha..pakai selekeh camtu takdenye orang nak phewit2 aku..tengok la tu.tengah snap pun die taknak paling muke.punyela fokus mokusnye mengadap bola.aku gak yang ngantuk..huhu.tapi takpe,best gak tengok bola ni.excited bile nak gol.masalahnye aku tak tau nak sokong sape.hehe

ni kat Wangsa Walk.aku baru balik dari keje and first time drive kat sane.nila tempat dating kiteorang mase kat sane dulu.first time makan subway yang sedap tu.sehingga menjilat jari..(sila rujuk gambar di atas)tengokla budak botak tu.comel kan?huehue


dah makan banyak2 mesti badan semakin montel kan??maka kiteorang pun ambil keputusan untuk pergi berjoging setiap hari.matlamatnye dalam masa satu ke dua atau tiga bulan kami akan jadi kurus..malangnye tidak kesampaian.mula2 hari,pastu selang2 hari,lame2 terus tak joging sampai sekarang sebab masing2 dah penat dan takde mase(alasan semate mate)

to be continued...


by:sya

Tuesday, 5 April 2011

AKU DAN RIBEN


SALAM...hai sume!

hari ni excited nak share ngan kawan2 semua pasal riben yang comel seperti di bawah ini!
ni riben hand made oleh cik suhada,my best fren..comel kan?

kalau ade ape2 nak komen tentang riben ni, sila2 kanla ye..die still beginner dan aku adalah orang pertama yang beli dan try pakai riben die ni^_^





riben ni dibuat daripada kain flet yang terdiri daripada kaler biru muda dan kuning.kat atas die plak ditempek dengan bunga2 kecil berwarna putih..besar die lebih kurang 2 inci setengah.sangat comel bile dipakai...



by:Sya

Friday, 1 April 2011

Aku GEMOK a.k.a CHUBBY


salam..

Nila gambar2 yang menjadi kontroversi di dalam facebook.sehinggakan kawan2 yang tak pernah comment, tak pernah jumpe dari tahun 2003 pun boleh comment gambar ni.nak tau ape dieorang cakap?cenggini ayatnye:

"Zana chubby..=)"

"Zana gemok"

"eh,kak zana upenye.ingatkan sape..dah makin chubby"

Oh tidak!!!!!!!!!!

walaupun baru 3 orang yang cakap macam tu,tapi aku rase mereka memang berniat nak cakap macam tu..nak kate sentap tu takla.tapi tahla..rase cam tak best je dalam hati ni..huhu

ade ape2 komen tak??

sila2 la komen..aku perlukan nasihatkan korang..thanks u all..

Tuesday, 29 March 2011

Hari Penyibukan Diri

Salam semua..

hari ni aku nak update pasal questionnaires research aku..nengok jela gambar2 ni ye.tak sempat da nak tulis panjang2..



Nila die rupa bentuk questionnaire yang didistribute kat visitors muzium


ok, first sekali fotostat dulu questionniares to.ade 250 copy..(actually ni lakonan semata-mata.padahal dah siap fotostat dah mase tu)


then,kene lipat dua jadikan booklet dan staple di tengah2nye.dua2 ni assistant aku.heheh..(time ni betol2 tengah wat keje)

Ha..nila hasilnye!! ^-^


Dieorang ni antara respondents yang isi questionnaires tu..

ok la sampai di sini saje..jumpe lagi nanti..sayang korang!



By:Sya

Monday, 28 March 2011

Main makeup-makeup


salam..

Hari ni nak cerita pasal make up2..hal ni berlaku hari jumaat yang lepas.aku buat kali keduanya menjadi model untuk di make up oleh lyaa suriany..aku puas hati dengan make up die kali ni.sangat cantik!i like..^^.buat muke tebal jela mase nak balik tu.bukan ape,aku ni penyegan sikit jadinya bile muke di make up tebal (perasan jadi cantik sekejap)sebab tu aku tak suke make up.sebab touch up sikit pon dah nampak.nak2 pulak kalau pakai eye shadow ngan lipstik.huhu..ape pon,aku sangat puas hati dengan hasilnya..(^-^)

meh intai gambar2 sesi make up ni:



By:Sya


gambar sebelum dan selepas make up.memang berbeza..

ni la cik andam aku..lyaa suriany

aku pun ade gak tunjuk bakat yang tak berape nak ade ni.nila hasilnya...

Monday, 21 March 2011

Bawak Bekal

salam..

petang ni nak cerita pasal bawak bekal..sekarang ni aku suke sangat bawak bekal pegi keje.tak kesahla bawak bekal ape pon.paling tidak pon biskut yang dalam paket2 tu.bukan bekal untuk aku je,tapi untuk kawan2 aku and my sayang jugak sebuat masa ni,aku dah bawak bekal nasik goreng,nasi putih lauk kari sardin,jemput2 cicah kari sardin,nasi putih lauk kari ayam ngan daging,biskut aneka jenis..hari ni aku bawak dalca.aku suruh kawan aku buatkan jemput2.buat cicah kuah dalca tu.hari2 kiteorang gilir2 bawak bekal..bukan ape,,nak save duit.tak boleh jadi kalau hari2 makan luar.mati kering aku..duit pt dah lame dah habis.huhu..so,terpaksala rajinkan diri bangun pagi2 nak masak.kalau nak bawak nasik putih,malam tu dah kene masak coz takot terbangun lambat.hehe..buat lyaa,shu,faiz.thanks sebab rajin bawak pape tuk kite makan kat ofis ni.i sayang u all lebih!muah2!!




By:Sya

TERIMA KASIH SEMUA...

salam,hai..^^

Hari ni bukak2 je blog rase happy!;) dah bertambah follower aku.thanks taw korang coz follow my blog yang baru sebulan jagung ni.still under maintainance..bila ade mase,aku terjah blog korang plak eh..

buat lyaa suriany..i sayang u lebihla!muah2!coz ajar aku wat blog and tolong promote my blog..like2!^^
hope pasni ko boleh ajar aku cene nak make up blog aku lagi k..

TQVM yunk!!;)

hope u enjoy my entries!!(^-^)



By:Sya

Sunday, 20 March 2011

Engagement Day


Wan and Su

Sesi menyarungkan cincin

Keluarga KAMI


Sesi mengerat kek.sodap! yummy2!^^


along ku yang comey...


ni adik2 yang menyibuk.haha

i like!!!!



salam..
hai sume..hari ni aku nak citer pasal majlis pertunangan my along.die bertunang hari sabtu yang lepas.wah..aku tak sangka yang akak aku dah tunang.rase cam baru jek dieorang kenal.pasni kene panggil tunang die abang wan la.sebelum ni panggil wan jek.heheh..along sangat cantek mase tu.impress gile dengan hasil tangan mak andam tu.actually,anak mak andam to yang make up kan.even die baru nineteen ok..mak die jadi tukang tengok n komen2 je..hmm,,on that day,aku kene jadi pengapit+mak andam no.3 (sebab mak andam tak bawak tudung yang seswai.nasib baik aku ad inner lebih.aku pon pakaikan la kat akak aku tu..pastu aku tolong la bagi idea cene nak adjust selendang die bagi tutup leher)+photographer.waa..banyak betol tugasan aku mase tu.nak wat cene,,aku je adik die yang boleh dikategorikan sebagai anak dara sunti.adik aku tu baru umo 16.sekolah lagi..tunang pon ade pengapit??eh,,mesti ade.along aku tu mengade ngade.nak aku dok sebelah die dua pluh pat jam.senang die nak suh aku balas mesej,angkat cal,tolong betol2 kan dress die yang melabuh tu,snap gmbar2 die.ha!cakap pasal gambar,aku bukan sahaje jadi photographer tapi kene suh sekali akak aku pose camne.aku pon tak tau nak namekan ape tugasan aku yang ni..nasib baik la akak aku tu jenis tak malu.ikut je ape aku suh.heheh..thanks along.u made a wonderful pose ok..^^ aku sangat puas ati ngan gmbar2 yang aku snap tu.(ceh..nak berbangga la tu.hikhik)

for my along and future abang long,nana nak tengok korang cepat2 kawen taw! tak sabar nak jadi pengapit.he
tata~

by: sya

Wednesday, 16 March 2011

16 feb 2011


i'm so glad to be yours~(chentakaseh) arini ak xtdo pon...gile dgn bola,so xtdola,,huhu..awal2 pagi lg ak da tercegat kt dpan umah 'baby'.hehe..semangat ak..slalo lmbat..heheh..mule2 jmpe,ak da start tersengih2..suke tgok dier...;-)..kcian dier kna ciap cpat2,,,die kate sbb ak da tggu..kesian plak ak tgok..'baby' ni baik cgt,slalo masakkn food tuk ak..caring le to..hehe,,pagi td msak jemput2 n nasi berlaukkan kari ikan sardin,,SODAP2!!hehe..hingga menjilat jari la katakan...(ikhlas ni taw,,)


so,,after dah mkn smpai kekenyangan yg melampau,ak pon tdo sato hari,,xpg clas n xpg jmpe lect...nsb bek baby ak xtau,kalo x,mampos ak kena leter..huhuuhu...


but,,,,,,,wkto petang ak TERlambat jemput dier..huhu..ktorg dah janji nak beli shawl kt pkns...
sepanjang jalan, ak berdoa byk2w jgn la dier marah@moody..huu(risau ni)...
sampai2 kt muzium,dier xmarah!suke la aku..heheheh;-)))
then,pg shopping,,ak kena pujuk dier..antara langkah2 ak buat...first,bawakkn brg2 dier..second,amik ati dier,,third, blanje die eskem kt McD..
pasto,baby ak ni bgtau,dier ad buat blog..ak cm bese geram la kalo dier buat sesuatu xbgtau ak dlu..tp.."baby wat blog tuk kite la.."sejuk ati ak,xjd nk marah..heheh


tola kisah tuk arini.,..
ak suke taip2 ni,tp dier xsabar2 nk baca..huhu..
so,terpaksalah ak menghabiskan coretan ak yg pertama..sekian...








by:amien






Tuesday, 15 March 2011

Penyakit (Sakit dan Menyakitkan)

Huu...minggu ni kami dua2 tak sehat.Aku tak sehat, die tak sehat..huhu..aku sakit mate.dah 2 hari dah.agak menyeksakan bile sakit mate ni.ia menyebabkan pening kepala bile kite kelip mate.agak2 bape kali sehari kite kelip mate ye kawan2??hoho..dah makan pain killer pon tak bekesan.tapi wat2 cam sehat jela..my cayang plak demam kura2.jap demam,jap ok..cian die kene anta n amik aku dari ofis.tenkiu taw awak..nanti saye belanje awak eskem twister green apple McD ^^

hari ni kene nek bas plak.malasnye..tapi die ade kelas.so kenela cekalkan hati,kuatkan mental dan fizikal,serta buat persiapan yang sepatutnye.cam nak pegi berperang la pulak..haha..jangan ujan sudah.aku dahla tak bawak payung.camne nak bawak,tak hingat pon yang arini kene naik bas.adoiyaaiii...okla.dah ade keje.dah free sepanjang hari ni,so kenela wat keje plak.wahai mate,cepatla sembuh..aku rindu padamu..Konklusinya di sini,kalau sakit makanla ubat.jangan biarkan hidup anda diselubungi penyakit..ape yang aku merepek ni?? daa..

*Da sampai bustand gtaula, lehla saye amik awak ^^


by:sya

Monday, 14 March 2011

PUSAT KESIHATAN UiTM

tengahari tadi pegi PK ngan bf kesayangan saye.pk stand for pusat kesihatan ye kawan-kawan..die demam and saye sakit mate.eh,jangan misunderstanding plak yek.bukan sakit mate yang ade taik mate tu..tapi sakit mate rase cam bengak and sakit bile pejam and kelip2 mate..tak taula nape jadi cenggitu..huhu.maybe sebab panas sangat semalam.kene bejemur kat tengah panas tepek sticker kat pelawat yang datang event Jalinan Adat, Budaya dan Warisan yang PADAT wat..dah panas,pakai plak lens sepanjang hari tak bukak2..itula jadinye..berikut adelah perbualan saye dengan doc kat pk tu:

Doc=sakit ape?
saye=sakit mate belah kanan
Doc=pedih2 ke?
saye=tak
Doc=ade rase gatal2 tak?
saye=takde
Doc=bile tunduk sakit tak?
saye=tak
Doc=bangun tido ade tahi mate tak?
saye=takde
Doc=ok dah boleh ambil ubat
saye=time kasih doc.

*simple kan temubual ktorang tu?hehe..

maka saye pon pegila ambik ubat..nila ubat2 yang saye dapat (ubat tahan sakit,ubat allergic and alahan,ubat titis).tadi da makan ubat tahan sakit ngan titis kat mate.kurang da sikit sakitnye..thanks to my cayang coz bawak saye g pk.kalau nak arapkan saye ni awak,memang saye tak pegi la jawabnye..2 jam kot dok nangok kat pk tu tadi.sabor ajela..dahla ngantuk tahap cipan! saye agak jakun tadi sebab sebelum ni penah pegi pk kampus cawangan yang kecik2 tu jek.shah alam de pk memang besar.dah cam klinik kerajaan.cam hospital pon ade gak.sume gune komputer.dari proses pendaftaran,sampaila ambil ubat.mase dok cakap2 ngan doc tu pon die sibuk key in dalam pc die.info tu terus sampai kat kaunter farmasi.klinik swasta pon tak camtu.still gune kertas tuk tulis2..congrats UiTM!^^

dok kat pk tu dah 2 jam.ade lagi sejam..so my bf pon bawakla saye pegi kedai mamak sebelah pas.saye pon tak taula nape die suke sangat pegi kedai mamak.bile tanye die cakap tue je tempat lepak2 yang ade..saye pon ikot ajela.yang penting leh lepak borak2 ngan die dlu..he

"ubat rindu ade tak?"


by:sya

Wednesday, 23 February 2011

Perkara yang dah lepas..

dah lame dah baru aku nak citer.yela,baru ni nak wat blog.hehe..hmm,before this aku praktikal kat zoo negara.zoo negara??mesti korang gelak guling2 or buat muke tahan gelak bile dengar aku praktikal kat situ kan.aku penah kene dah sebelum ni..sabor ajela wahai hati.rase nak cepuk ade gak.ape la salahnye praktikal kat situ.seronok ape..(to yang aku cakap and pikir sebelum aku praktikal kat sane)

kat sane aku dok umah sewa.tumpang bilik akak boy aku.sib baik ade ngah.thanks ngah sebab bagi stay kat situ.kalau tak,tak taula aku nak dok mane.pagi2 lam kol 7:45 aku dah kuar umah.kene jalan kaki 15 minit sampai lrt wangsamaju.dari situ aku amik cab ke zoo lam 10 minit jek.nak tunggu bas kene kuar 6:30.bahaye plak kalo jalan sorang2 kat situ pagi2.pasto 8:10 plak baru ade.takot tak sempat plak.tp dekat camtu pon kene bayar rm5.50.plg murah pon rm5.30.tengok kpada daya kelajuan yang ade kepada teksi tu.balik baru aku nek bas.bayar singgit jek.murah kan?jauh beza ngan nek teksi.tp kene tunggu sampai pukul 6 la.6:30 pon ade.aku abis keje 5:30.sampai wangsamaju,aku jalan kaki lagi.kadang2 aku singgah jusco wangsamaju beli barang.hari2 la kene lintas simpang 3 traffic light yang bz nak mampus tu.aku ni dah la allergic bab lintas2 jalan ni.disebabkan aku sorang2 and takde pilihan,kenela beranikan diri gak..huhu

hidup kat sane memang tragis la.banyak giler gune duit.penat jangan cakap la..sampai ade satu hari ni,tak taula kenape aku emo sangat sampai tibe2 rase hiba and sedih.aku nangis xhingat punye sampai teresak esak and berbunyi agak kuatla.huhe..tension giler aku kat sane..disebabkan tak tahan dengan kehidupan kat sane and tempat keje,aku and kawan2 aku yang lain bertekad nak tukar tempat praktikal.so,selepas maki hamun yang diterima daripada koordinator praktikal and dengan penuh susah payahnye,berjayala aku tukar ke Perbadanan Adat Melayu & Warisan Negeri Selangor (ni Muzium Shah Alam daa..)hepy!^^


by:sya

Jahitan Manik

aku ni still beginner bab jahit2 manik ni. Barula dua tiga empat lima jenis je yang aku boleh buat.tu pon xcantik and kemas mane pon.huhu..yang penting aku boleh buat kat baju aku sendiri and baju mak aku.hehe..tak payah susah2 anta kedai.skang ni on process jahit manik kat lengan kebaye pendek aku kaler oren.nanti dah siap aku post gambar to ek.skali ngan gambar2 manik yang lain.tp aku kene balik dulula snap baju2 to..sabau eh..


by:sya